Home » , » Ikhwanul Muslimin pengganas, Yusuf Qaradhawi menyesatkan - Najib

Ikhwanul Muslimin pengganas, Yusuf Qaradhawi menyesatkan - Najib



.
Selepas mengejutkan umat Islam dengan meletakkan kalungan bunga sebagai tanda penghormatan di makam musuh Islam Mustafa Kemal Ataturk [Makam Kemal Ataturk], Najib sekali lagi mengejutkan kita apabila dilaporkan membayangkan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas, malah mendakwa Ulama Besar yang menjadi rujukan dunia islam Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah.

Di bawah ini screenshot ucapan najib di Turki yang dilaporkan oleh National Review. Najib bukan sahaja menghina Ulama Besar itu, malah dilihat bangga dengan pujian dari setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton yang memuji Malaysia sebagai “modern, progressive, and moderate” [National Review]

Laporan National Review ada memetik ucapan Dato’ Sri Najib Razak di Turki yang dilihat jelas sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan.

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demonstrasi. Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431?

Nampaknya gerombolan songkok tinggi sudah ada ulama baru untuk menjadi rujukan kerana Ulama Besar seperti Yusuf Qaradhawi sudah ditolak.

ReJaM© "Al-Fadhil Sheikh Najib Tun Razak"

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger