Home » » Gaji guru Kafa Selangor naik lagi, kini RM1300 sebulan

Gaji guru Kafa Selangor naik lagi, kini RM1300 sebulan



Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang menaikkan gaji guru-guru Kafa di seluruh Negeri Selangor. Sebelum ini gaji guru kafa telah dinaikkan dari RM 738.30 kepada RM 1000 dan elaun penyelia KAFA, dari RM 1112.00 kepada RM1500 [Video Rujukan].

Kali ini kerajaan Negeri Selangor sekali lagi mengumumkan kenaikkan gaji guru Kafa dari RM 1000 kepada RM 1300. Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri Selangor.

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu [Harakahdaily].


Tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang prihatin terhadap nasib guru-guru kafa di seluruh negeri Selangor. Jom kita tengok berapa gaji guru Kafa di Negeri Kerajaan barisan Nasional yang mendakwa mereka mendahulukan rakyat. Sebelum kita pergi jauh ke negeri-negeri lain yang masih diperintah oleh Barisan Nasional, apa kata kita pergi ke negeri yang paling hampir bersebelahan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan.

Laporan berita di bawah ini menjelaskan kadar gaji di Negeri Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat! Jangan salah paham ye, bukan pembangkang yang tulis, tetapi lidah rasmi Barisan Nasional yang tulis, Utusan Malaysia [Utusan] sila klik gambar untuk membesarkan image.


Setiap hari kita dengar hanya yang baik-baik sahaja di Utusan Malaysia tentang kerajaan Barisan Nasional dan hanya yang buruk-buruk sahaja tentang Kerajaan Pakatan Rakyat di Utusan Malaysia. Ekonomi naik, jumlah pelabur asing naik, imej Malaysia naik! Tapi gaji tetap tak naik-naik. Apa lagi tunggu? kata mendahulukan rakyat? Kasi naiklah gaji guru-guru Kafa! Ekonomi baik barang makin naik, gaji tak naik-naik! Nampak sangat penipu, ekonomi menteri je yang naik!

ReJaM© "Najib kata tak boleh bagi gaji naik, nanti negara bankrap! "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger