[Ads] Saksikan kisah-kisah yang memberikan inspirasi kepada warga Malaysia klik sini [#ProjectListen]

31/12/2010

Menteri Malaysia lebih kebal dari Presiden Israel?



Satu dunia tahu betapa jahat, kejam, dan kurang hajarnya bangsa yahudi yang mendirikan negara Israel hasil dari rompakan tanah-tanah penduduk palestin. Bangsa yang penuh muslihat ini dilihat sebagai penuh dengan muslihat dan tipu daya serta konspirasi. Baru-baru ini bekas Presiden Israel, Moshe Katsav telah dijatuhi hukuman penjara selama 4 tahun atas kesalahan rogol yang dilakukannya semasa masih memegang jawatan Presiden Israel.

Presiden Israel itu telah didesak untuk meletak jawatan kerana tuduhan rogol yang dikenakan ke atasnya oleh dua orang wanita. Dia akur dan terpaksa melepaskan jawatan orang nombor satu Israel. Akhirnya semalam, Presiden Israel ke lapan itu terpaksa merengkok di dalam penjara selama empat tahun apabila disabitkan atas kesalahan rogol yang dilakukannya.

Kalau dilihat di sini, Presiden negara Israel yang terkenal dengan kekejamannya, pembunuhannya, penipuan dan muslihatnya, ini pun tidak kebal daripada undang-undang negara. Tetapi di Malaysia, ada pemimpin yang didedahkan melakukan kes rogol, mampu bersenang lenang, tersenyum sambil menonton TV bersama keluarga.Bukan sahaja tidak menerima hukuman, siasatan pun tidak dilakukan.

Nampaknya begitu kebal menteri di Malaysia ini. Presiden Amerika Syarikat dahulu pun terpaksa meletak jawatan kerana skandal seksnya didedahkan. Ini negara apa? Negara gila! Siasatan pun tiada, apa pun tiada, nampaknya menteri lebih kebal dari sultan.


ReJaM© "Ini negara cap ayam ka? Zimbabwe pun lagi baguslah ini macam!"
Baca artikel ini >>

MP bersenam di masjid Imam Hadhari sudah marah!




Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah, atau lebih dikenali dengan nama manjanya 'Pak Lah' hari ini menasihatkan semua pihak berhubung laporan Utusan Malaysia sebelum itu yang membidas perbuatan Ahli Parlimen Serdang bukan Islam yang masuk ke perkarangan masjid membuat aktiviti senam aerobik bersama jemaah masjid. Beliau menasihatkan pihak yang terlibat agar lebih sensitif terhadap isu-isu yang boleh mendatangkan perkara negatif.

"Apa juga hal-hal yang menyentuh soal agama termasuk kegiatan-kegiatan di rumah-rumah ibadat, kita perlu ada kefahaman dan bersikap ambil berat perkara-perkara yang boleh mengundang keadaan yang tidak baik." kata bekas Perdana Menteri merangkap imam hadhari itu.


ReJaM© tak ada sebarang masaalah dengan kenyataan dan nasihat ini. Betul lah tu, kita memang harus lebih sensitif supaya tidak timbul isu negatif dan kontroversi. Kerana itulah 'Pak Lah' sentiasa bersikap sensitif, maka tiadalah kontroversi yang pernah dikaitkan dengan beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri dahulu.





ReJaM© "Hidup Pak Lah, Hidup Pak Lah... kah kah kah..."
Baca artikel ini >>

Adolf Hitler mati di Indonesia?


Sebuah artikel mengejutkan telah tersebar di beberapa list-list email dan laman rangkaian sosial. Artikel itu mengisahkan tentang versi lain dari kisah yang melibatkan kematian diktator Jerman, Adolf Hitler. Dikatakan bahawa Hitler telah mati di Indonesia.

Semuanya bermula dari sebuah artikel yang diterbitkan di dalam sebuah akhbar Harian Pikiran Rakyat pada tahun 1983. Artikel berkenaan ditulis oleh Dr Sosrohusodo dari sebuah Universiti Indonesia lulusan doktor yang ditugaskan di sebuah kapal, yang diubah menjadi hospital yang disebut 'Harapan' di Sumbawa Besar, Indonesia.

Sosro menulis tentang pertemuannya dengan seorang doktor tua dari Jerman bernama Poch pada tahun 1960. Poch merupakan ketua hospital terbesar di pulau itu.

Dakwaan Sosro kemudian telah menjadi sebuah polemik. Dia mengatakan bahawa doktor yang ditemui dan berbicara dengannya itu sebenarnya adalah Adolf Hitler di usia tuanya.

Dia juga menyedari beberapa kecacatan pada doktor tersebut, yang membuatkan dia percaya bahawa doktor itu benar-benar Hitler.

Menurutnya, doktor tersebut tidak dapat berjalan secara normal, dia terpaksa mengheret kaki kirinya setiap kali berjalan. Manakala tangan kirinya pula selalu bergetar dan dia juga memiliki misai seperti Charlie Chaplin menegak dan berkepala botak.

Ciri-ciri seperti ini dipercayai dimiliki oleh Hitler sewaktu usia tuanya yang ditemui dan dirujuk di dalam beberapa biografi Fuhrer. Ketika Sosro bertemu doktor tersebut pada tahun 1960, Hitler dijangka berumur sekitar 71 tahun.

Menurut Sosro, doktor Jerman itu benar-benar misteri. Dia tidak memiliki lesen kedoktoran malah dia juga langsung tidak memiliki kemahiran perubatan sebagai seorang doktor.

Kerana keyakinan yang tinggi bahawa dia telah bertemu dengan Hitler dan pasangannya, Eva Braun, Sosro berasa tertarik untuk membaca buku-buku dan artikel tentang Hitler. Sostro berkata, semakin dia melihat gambar Hitler yang tua, semakin dia percaya bahawa Doktor Poch adalah Hitler.

Dia menjadi bertambah yakin apabila pada tahun 1980, seorang anak saudaranya telah memberikan kepadanya sebuah buku tentang biografi Hitler yang ditulis oleh Heinz Linge dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia oleh Cuba Budi Satria.

Pada halaman muka surat 59 di dalam buku tersebut ada menceritakan tentang keadaan fizikal Hitler di saat usia tuanya. "Segelintir penduduk Jerman tahu bahawa Hitler mengheret kakinya ketika berjalan. Penglihatannya kabur dan rambutnya sudah tidak tumbuh. Ketika perang menjadi semakin panas dan Jerman bakal dikalahkan, Hitler mengalami derita gangguan saraf".

Buku itu juga mengatakan bahawa tangan kiri Hitler selalu bergetar sejak peperangan Stalingrad (1942-1943) yang merupakan kekalahan besar kepada tentera Jerman.

Sosro juga masih ingat tentang beberapa kali perbualannya dengan doktor Poch. Doktor itu dikatakan selalu memuji Hitler. Dia juga mengatakan bahawa tiada pembunuhan yang berlaku di Auschwitz, sebuah kem pengumpulan yang dipercayai sebagai tempat pembunuhan Yahudi.

"Ketika saya bertanya tentang kematian Hitler, dia mengatakan bahawa dia tidak tahu kerana pada waktu itu, Berlin dalam keadaan kacau bilau. Semua orang berusaha menyelamatkan diri, "kata Sosro, seperti yang diterbitkan oleh Militariana.

Sosro juga mengatakan bahawa dia pernah memeriksa gementar di tangan kiri Poch. Dia kemudian bertanya kepadanya bilakah penyakit itu mula terjadi dan Poch berpaling kepada isterinya yang kemudiannya menjawab, "Itu terjadi ketika Jerman kalah dalam pertempuran berhampiran Moscow. Waktu Goebbels memberitahu kamu dan kamu mendengar sambil terus-menerus menumbuk meja bertubi-tubi".

Isteri Poch dipercayai menyebut nama Joseph Goebbels, seorang menteri propaganda Jerman yang dikenali sangat setia kepada Hitler. Sosro mengatakan bahawa isteri Poch, yang dipercayai Eva Braun, memanggil suaminya 'Dolf', dan ia dipercayai panggilan nama pendek untuk Adolf Hitler.

Setelah membaca artikel-artikel tersebut, Sosro telah menghubungi Sumbawa Besar di mana dia telah menerima maklumat bahawa Poch telah meninggal dunia di Surabaya.

Poch meninggal dunia pada 15 Januari 1970, jam 19:30 di Rumah Sakit Karang Menjangan di Surabaya akibat serangan jantung pada umur 81 tahun. Poch dikebumikan pada hari berikutnya di Ngagel.

Setelah isterinya kembali ke kota kelahirannya di Jerman, Poch kemudian dipercayai akan berkahwin dengan seorang wanita Sunda dari Bandung dengan pangkal namanya yang bermula dengan huruf 'S' yang tinggal di Babakan Ciamis.

S menolak untuk memberikan sebarang maklumat, S akhirnya menyerahkan semua dokumen-dokumen suaminya kepada Sosro, termasuk foto pernikahan mereka dan lesen memandu Poch yang mempunyai cap jari di atasnya.

Terdapat juga sebuah buku yang mengandungi senarai Jerman yang hidup di beberapa negara seperti Argentina, Itali, Pakistan, Afrika Selatan dan Tibet dan beberapa tulisan Steno di dalam bahasa Bahasa Jerman.

Buku nota Poch itu mengandungi tulisan dua kod, JR Kepad 35637 No dan 35638, serta simbol lelaki dan wanita.

"Buku itu mungkin dimiliki oleh Hitler dan Eva Braun," ujar Sosro.

Sebuah garisan, yang dipercayai gambaran jalan keluar yang dilalui oleh Hitler sebelum dia sampai ke Sumbawa Besar juga terdapat di dalam buku tersebut. Laluan itu meliputi B (Berlin), S (Salzburg), G (Graz), J (Jugoslavia), B (Belgrade), S (Sarajevo), dan R (Rom).

S juga mengatakan bahawa pernah suatu hari dia melihat suaminya memotong misai dengan gaya ala Hitler. Ketika dia bertanya, suaminya berkata, "Jangan beritahu siapa pun".

Sosro mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi di sebalik ceritanya. "Saya hanya ingin membuktikan bahawa Hitler meninggal di Indonesia," katanya.

Hingga saat ini, tidak ada sebarang pengesahan sama ada Hitler mati di dalam bunker di Argentina, Brazil atau Indonesia. Cerita tentang kematian Fuhrer masih menjadi misteri yang sentiasa menimbulkan tanda tanya.


Sumber: Free Malays
ReJaM©
Baca artikel ini >>

30/12/2010

Rio Ferdinand ucap tahniah kepada Pasukan Malaysia




Rio Gavin Ferdinand, pemain pertahanan tengah Manchester United di Liga Inggeris 2010, merakamkan ucapan tahniah untuk pasukan bola sepak Malaysia yang telah berjaya menewaskan Pasukan Indonesia semalam melalui akaun twitter. Ferdinand juga mengatakan bahawa dia pernah berlawan menentang skuad Malaysia 18 bulan yang lalu sambil menyifatkan Malaysia sebagai pasukan bola sepak yang agak baik. Di Twitter beliau menulis,

"Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team."




ReJaM© "Kalau pasukan bola sepak Malaysia bermain dengan baik, semua rakyat akan memberikan sokongan penuh! Blog MiLo SuaM pun sanggup tinggalkan seketika isu politik untuk menunjukkan sokongan kepada pasukan Malaysia ha ha ha..."
Baca artikel ini >>

Paderi mengaku liwat kanak-kanak


Seorang paderi gereja katolik di Belgium juga merupakan bakal pemegang Anugerah Nobel Keamanan mengaku telah melakukan penderaan seksual ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun 40 tahun yang lalu.

Kes ini muncul apabila sepupunya, yang juga merupakan kakak kepada mangsa telah tampil ke hadapan sebagai reaksi bantahan terhadap kempen yang diadakan bagi mencalonkan Francois Houtart sebagai penerima penghargaan itu.

Kakak mangsa telah memberitahu pihak berkuasa Gereja Belgium yang sedang menyiasat kes penderaan seksual kanak-kanak, Suruhanjaya Adriaenssens bahawa penderaan terhadap adiknya berlaku sekitar tahun 1970 sewaktu adiknya itu tinggal di rumah tertuduh.

Houtart, 85, pernah menjadi aktivis terkenal dunia ketiga dan pengerusi sebuah agensi pemangunan yang diasakannya dalam tahun 1976, Center Tricontinental, sehingga dia meletak jawatan daripada lembaga pengarah di dalam bulan November tahun ini berhubung dakwaan tersebut.

Paderi itu kini dipercayai berada di Ecuador, dan dikatakan enggan menjawab panggilan telefon dan email. Houtart telah memberitahu sebuah akhbar Belgium Le Soir bahawa dia telah menyentuh "bahagian-bahagian sulit" sepupunya itu di dalam kejadian yang disifatkannya sebagai "tidak bertimbang rasa dan tidak bertanggung jawab"

Namun kakak mangsa berkata bahawa paderi itu yang juga merupakan kawan kepada ayahnya, telah masuk ke bilik adik lelakinya sebanyak dua kali untuk meliwatnya.

"Sebelum perkara tersebut berulang untuk kali ketiga, adik lelaki saya telah memberitahu ibu bapa, yang telah mengurungnya di dalam bilik" menurutnya yang dipetik di dalam sebuah laporan.

Paderi itu berkata bahawa dia telah bertanya kepada ibu dan ayah mangsa sama ada mereka mahu dia meletak jawatan sebagai seorang paderi, namun mereka menyuruhnya untuk bertanya kepada seorang profesor di Brussels.

Mereka menasihatkan paderi itu untuk terus kekal sebagai paderi dan terus menumpukan tugas akademiknya di dalam bidang sosiologi keagamaan.

Houtart juga memberitahu kepada akhbar bahawa dia telah menyuruh para penyokongnya agar menangguhkan kempen untuk mencalonkannya sebagai penerima Anugerah Nobel Keamanaan 2011.


Sumber: Free Malays
ReJaM©
Baca artikel ini >>

Lelaki tua potong telinga kerana Indonesia kalah Piala AFF 2010?




Portal KOMPAS bola mendedahkan kedatangan seorang lelaki tua yang membawa air ajaib yang kononnya boleh memberikan kemenangan kepada Timnas Indonesia menentang Pasukan Kebangsaan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi. Lelaki tua itu mendakwa air ajaib itu mampu membantu pasukan Indonesia memenangi perlawanan menentang pasukan Malaysia sekiranya disapu pada kaki pemain-pemain Indonesia.

Lelaki tua yang mengakui tidak mahu Indonesia kalah menentang Malaysia itu meminta kepada pihak berkuasa untuk berjumpa dengan pemain-pemain bola Timnas Indonesia untuk menyerahkan "air ajaib itu".


Malah lelaki tua itu juga sanggup bertaruh untuk memotong telinganya jika air ajaib itu tidak mampu memberikan manfaat di dalam membantu kemenangan kepada team bola sepak Indonesia. Apa pun, Indonesia tetap kalah. Tidak dapat dipastikan sama ada Timnas Indonesia sudah menyapu "air ajaib" si tua itu ataupun tidak.



ReJaM© "Sekiranya Timnas Indon telah menyapu air ajaib itu, maka lelaki tua itu mungkin terpaksa memotong telinganya kerana Indonesia sudah kalah... "
Baca artikel ini >>

DAP harus belajar dari Datin Rosmah Mansor




Di bawah tajuk "Ahli Parlimen Serdang buat hal lagi?", Utusan Malaysia membidas perlakuan sorang Ahli Parlimen bukan Islam yang mewakili DAP masuk ke perkarangan masjid tanpa menutup aurat. Akhbar itu turut membidas kelakuan ahli parlimen itu yang memakai pakaian ketat di perkarangan sebuah masjid di Surau Al-Huda Kajang Sentral.

Ahli parlimen ini seorang yang bukan Islam, maka dia tidak paham peraturan berkenaan aurat di dalam Islam, tentang tuntutan Allah terhadap wajibnya seorang wanita itu menutup aurat. Mana tidaknya, agama yang dianutinya jelas sekali tidak menyuruh apa lagi mewajibkan penutupan aurat bagi wanita sepertinya. Undang-undang negara juga tidak menghalang dirinya daripada berpakaian begitu.

Jadi, ahli parlimen ini sepatutnya merujuk kepada wanita Islam untuk mengetahui adab-adab yang harus diikuti jika ingin masuk ke masjid agar Utusan Malaysia tidak membidasnya. Bagi memuaskan hati akhbar milik kerajaan itu, adalah lebih baik ahli parlimen bukan Islam itu merujuk kepada Wanita Islam kebanggaan kerajaan, yang juga 'role model' muslimah UMNO dan Barisan Nasional di dalam memenuhi etika berpakaian ketika berada di dalam mahupun di perkarangan masjid.

Beliau sepatutnya terlebih dahulu merujuk kepada Muslimah pejuang Islam yang sebenar merangkap isteri solehah Perdana Menteri Malaysia, Datin Paduka Rosmah Mansor di dalam memenuhi etika menutup aurat di dalam dan di perkarangan masjid. Di bawah ini adalah contoh-contoh etika berpakaian seorang Isteri Solehah merangkap Muslimah yang benar-benar menurut kehendak syariat Islam. Sila klik untuk membesarkan imej.





ReJaM©"Isteri solehah inilah yang bakal membantu suaminya mendapat sebaik-baik ganjaran di Akhirat kelak"
Baca artikel ini >>

Malaysia guna khidmat pemain Indon untuk menang piala AFF 2010



Akhbar popular Indonesia KOMPAS, kali ini memainkan isu lain setelah Timnas (Team Nasional) Indonesia bagaikan Garuda yang patah sayap di dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 apabila kepaknya dirobek-robek oleh Harimau Malaya dan menyaksikan penyokong pasukan bola sepak kebangsaan negara Indonesia kecewa menyaksikan pemain-pemain bola sepak dari Pasukan Malaysia yang girang merangkul Piala Suzuki AFF di stadium mereka sendiri.

Di dalam tajuk utama KOMPAS bola, "Lho, Juara AFF Keturunan Orang Indonesia" akhbar itu ingin menggambarkan kepada rakyat bahawa Indonesia sebenarnya dikalahkan oleh bangsa Indonesia sendiri. Mungkin terlalu kecewa sesudah tewas kepada Malaysia, maka akhbar itu mendakwa bahawa Malaysia sebenarnya menggunakan khidmat pemain keturunan Indonesia untuk merangkul Piala kejohanan tersebut.

Apa yang harus diketahui, tidak dinafikan ramai rakyat Malaysia yang berasal dari Indonesia, malah boleh dikatakan sebilangan besar rakyat Malaysia merupakan keturunan pendatang dari negara-negara jiran. Kami di sini tidak pernah menolak kenyataan itu. Kami di sini juga tidak malu atau segan untuk mengakui asal usul kami yang sebilangan besar dari Indonesia. Kami akui bahawa bangsa Malaysia dan Indonesia adalah 'serumpun'.

Bila kalah lawan bola boleh pula mengaku ada pemain Malaysia yang berasal dari Indonesia, namun saat mereka ingin mengganyang Malaysia dengan pasukan buluh runcingnya, dengan persatuan Benderanya, mereka lupa bahawa ramai rakyat Malaysia yang berasal dari Indonesia. Semoga kekalahan Indonesia ini akan menyedarkan dan memberi perubahan kepada konflik Indonesia-Malaysia ke arah yang lebih positif.

Sukan, sukan punya ceritalah, perang di Palestin dan Afghanistan boleh berhenti kerana Piala Dunia, takkan kerana bola penyokong Indon dan Malaysia nak berperang pula.



ReJaM© "Apa pun, Indonesia dah kalah, Malaysia dah menang kah kah kah..."
Baca artikel ini >>

29/12/2010

Dato Seri Utama Rais yatim merogol amah itu?




Berita mengenai seorang menteri senior yang merogol amahnya semakin hangat diperkatakan. Kini nama menteri yang dimaksudkan juga sudah didedahkan. Maka tugas kerajaan sudah semakin mudah. Arahkan ataupun paksa ini menteri bernafsu kuda untuk meletak jawatan.

Artikel lalu yang mendedahkan dokumen penyiasatan kes ini ada disiarkan di blog ini, rujuk sini Dokumen siasatan kes rogol menteri, dari salah satu dokumen yang dihitamkan nama pelaku rogol itu terdapat kebocoran yang menunjukkan siapakah menteri yang dimaksudkan.

Teka teki sudah terjawab, namun menteri ini masih mampu tersenyum dan goyang kaki di rumah kerana mendapat perlindungan dari PM dahulu dan sekarang. Kalau kena tangkap mau kena 20 tahun penjara jika sabit kesalahan. Nasib baik dia menteri Barisan Nasional, maka selamatlah dia.

Sumber CSI: Anak Sungai Derhaka

ReJaM© "Untungnya jadi Menteri Barisan Nasional, rogol orang pun boleh lepas!"
Baca artikel ini >>

Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010



Sebagai perang psikologi terakhir penyokong Indonesia terhadap pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia sebelum perlawanan akhir kedua bola sepak Piala Suzuki AFF malam ini, mereka dilihat mempamerkan banner-banner provokasi kepada pasukan bola sepak Malaysia. Provokasi ini dilihat mampu menakutkan penyokong-penyokong pasukan Malaysia yang ingin turun memberikan sokongan kepada team kegemaran mereka.

Bila penyokong Malaysia takut untuk turun ke stadium Gelora Bung Karno, maka kuranglah pembeli tiket untuk kuota yang disediakan bagi penyokong Malaysia. Mungkin juga ada yang terpaksa membatalkan niat untuk ke stadium walaupun tiket sudah dibeli.

Tidak dinafikan, pasukan Malaysia mungkin menghadapi tekanan bertandang ke tempat lawan di Indonesia yang sememangnya gemar membuat provokasi. Namun Indonesia perlu mengalahkan Malaysia sekurang-kurangnya dengan agregate 4-0 untuk muncul juara piala Suzuki AFF.

Bagi ReJaM©, Indonesia sangat sukar untuk mengalahkan Malaysia kali ini. Mana tidaknya, jika mereka menang 2-0 pun mereka masih tidak dapat menjuarai kejohanan ini. ReJaM© secara peribadi awal-awal lagi mengumumkan kemenangan Malaysia merangkul trofi Piala Suzuki AFF 2010 dengan mengganyang Indonesia.

Tugas Malaysia kali ini dilihat mudah, Pasukan Malaysia sudah boleh menang walaupun hanya mengekalkan kedudukan seri 0-0 malam ini. Ganyang Indonesia, Ganyang! Ganyang! Ganyang!


ReJaM©"Seorang kawan kata nak makan mee lalu hidung kalau Malaysia gagal merangkul Piala Suzuki AFF 2010 malam ni kah kah kah..."
Baca artikel ini >>

Indonesia sayur kot... - kapten pasukan Malaysia



JAKARTA - "Indonesia tak sehebat Vietnam. Bagi saya Vietnam lagi mantap berbanding Indonesia, cuma Indonesia ada kelebihan beraksi di tempat sendiri... sayur kot"

Begitulah kata-kata yang dilontarkan daripada kapten Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia, Syafiq Rahim yang semakin yakin untuk mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia yang pertama menjulang Trofi Piala Suzuki AFF malam ini.

Bagi Syafiq, 23 pasukan Indonesia tidaklah sehebat mana berbanding pasukan Vietnam dan Thailand yang merupakan dua pasukan bekas juara yang disifatkan sebagai lebih kuat.

"Saya rasa Vietnam jauh lebih bagus dan kuat. Malah Thailand juga sebenarnya lebih baik dari Indonesia" menurut kapten pasukan Malaysia itu lagi.

Syafiq juga berharap pasukan Malaysia akan dapat menjaringkan gol awal untuk menekan pasukan dan penyokong Indonesia, maka Indonesia akan tertekan untuk mencari 5 gol.

"Jika kita dapat jaring satu gol, Indonesia terpaksa cari lima gol. Tetapi jangan pula kita beri mereka gol awal kerana ini akan membangkitkan semula semangat pasukan lawan" kata Syafiq.

"Saya harap kita akan pulang khamis ini bersama-sama trofi Piala Suzuki AFF," ujar pemain kelahiran Seremban Negeri Sembilan itu.


ReJaM© "Payah Indonesia nak jadi juara, sangat-sangat payah!"
Baca artikel ini >>

Dokumen penyiasatan menteri yang merogol amah





Kisah menteri kabinet Najib yang merogol amah indon yang bekerja di rumahnya semakin hangat diperkatakan. Menteri itu melakukan perbuatan terkutuk semasa di zaman Pak Lah, Abdullah Badawi, menjadi Perdana Menteri Malaysia. Namun semua sudah sedia maklum, menteri-menteri di dalam kabinet sememangnya memiliki kekebalan tersendiri, menteri-menteri di kabinet Barisan Nasional yang melakukan kesalahan akan ditutup kesalahannya oleh perdana menteri.

Apa kerja Perdana Menteri ini? Perogol gila seks dibiarkan terus menjadi menteri bukan sahaja di zaman Pak Lah, malah terus dibiarkan menjadi menteri di zaman Najib. Walaupun Najib mengetahui kes rogol menteri terbabit, namun beliau tutup mata kerana kes rogol baginya bukanlah kes besar. Ini bukan kisah dari pembangkang, tetapi siasatan yang dijalankan oleh sebuah badan yang menjaga kebajikan pekerja-pekerja Indonesia. Di bawah ini dokumen laporan penyiasatannya sila klik untuk membesarkan imej.




Siapakah gerangan menteri yang merogol amah tersebut? namanya bermula dengan huruf R dan berakhir dengan huruf M. Sila klik gambar di bawah ini untuk melihat sendiri wajah menteri gila bernafsu kuda tersebut.


Sumber dokumen: Pria Malaya
ReJaM© "Biasalah menteri kalau bunuh orang pun masih boleh jadi menteri!"
Baca artikel ini >>

28/12/2010

Azmin Ali jadi Menteri Besar Selangor 15 Januari 2011


Seorang bakal calon bebas pilihanraya Umum ke 13 tahun 2011 yang dijangka akan diadakan pada bulan Mei 2011, memberikan maklumat kepada MiLo SuaM tentang desas desus perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang akan dilakukan pada 15 Januari 2011 ini menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Setakat ini ReJaM© tidak dapat mengesahkan maklumat ini meskipun ia dikatakan oleh bakal calon yang akan bertanding dengan tiket bebas pada PRU 13.

Apa pun satu lagi maklumat yang diperolehi ialah, Barisan Nasional yang kurang berkeyakinan untuk merampas Negeri Selangor pada Pilihanraya akan datang, akan menggunakan kira-kira 45 NGO untuk bertanding bagi tiket bebas di Negeri Selangor di dalam strategi mereka untuk merampas negeri yang telah berjaya ditakluk oleh Pakatan Rakyat itu. Calon - calon bebas ini akan digunakan untuk mengganggu undi dan bagi calon-calon bebas yang menang, bakal diarah untuk melompat menjadi katak seperti bapak katak si Ibrahim Ali apabila diperlukan bagi memberikan kemenangan BN di Selangor.

Bukti kewujudan katak-katak belaan Barisan Nasional ini, kini sudah berada di dalam tangan ReJaM©, hanya menunggu masa yang sesuai untuk disiarkan di Blog MiLo SuaM. Peluru emas ini akan ReJaM© gunakan untuk menembak jerung raksasa! Nantikan pendedahan pada saat yang sesuai. Pada saat itu kita akan lihat bagaimana blogger-blogger UMNGOK bagai cacing kepanasan untuk menutup bangkai gajah dengan tudung saji "made in China".


ReJaM© "Bagi hint dulu... agar mereka menyediakan payung sebelum hujan"
Baca artikel ini >>

26/12/2010

Keputusan Perlawanan akhir pertama Piala AFF 2010


Keputusan perlawanan akhir pertama Bola Sepak Piala AFF 2010 yang diadakan di stadium Bukit Jalil di antara pasukan Malaysian menentang Indonesia menyaksikan tuah berpihak kepada pasukan Malaysia dengan kemenangan 3 - 0 yang sangat membanggakan berikutan penyokong kedua-dua seteru ketat pasukan bola sepak itu sangat-sangat mengharapkan kemenangan pasukan mereka bagi merangkul gelaran juara sekaligus menggondol piala yang ditawarkan.

Apapun tahniah kepada pasukan Malaysia, wa caya sama lu! Main ala-ala mat saleh tu he he he...




ReJaM©"Tahniah pasukan Malaysia, tahniah tahniah tahniah"
Baca artikel ini >>

Tun Mahathir top 10 Anti Yahudi 2010




Sebuah organisasi terkenal Yahudi Amerika telah melancarkan satu senarai top 10 individu-individu di seluruh dunia yang disifatkan sebagai anti Yahudi dan mengeluarkan kenyataan menghina Yahudi 2010.

Personaliti yang dimasukkan di dalam senarai tersebut antaranya ialah bekas UPI Wartawan Senior Rumah Putih Helen Thomas, pengarah filem Oliver stone dan Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammed juga Timbalan Menteri Palestin Al-Mutawakil Taha. Individu-individu ini mengungguli tempat pertama hingga ke empat berdasarkan senarai yang dihasilkan oleh organisasi Yahudi Ameria itu.

Apa yang menarik di sini ialah apabila bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir dinobatkan sebagai top 10 anti Yahudi dunia. Mungkin ramai yang sedia maklum bahawa Tun sememangnya terkenal dengan sikapnya yang anti Yahudi sejak dahulu lagi. Namun apabila namanya dimasukkan ke dalam top 10 senarai anti yahudi 2010 ia agak di luar jangkaan.

Tuan Guru Nik Aziz juga sebelum ini pernah memuji sikap Tun yang menentang dan mengkritik Yahudi secara terang-terangan di dalam persidangan dunia yang dihadirinya. Sikap ini sememangnya suatu sikap yang baik sesuai dengan amaran Allah di dalam Al-Quran bahawa "Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali redha dengan umat Islam, selagi tidak mengikut agama mereka".

Di bawah ini senarai lain-lain individu anti Semitic 2010. Sila klik untuk membesarkan image.




ReJaM© "Tapi hairan juga ye, Presiden Iran Ahmadenijad yang sering kali menghentam Yahudi di dalam persidangan dunia sepanjang tahun 2010, tidak pula termasuk di dalam senarai Top 10, Apa muslihatnya?"
Baca artikel ini >>

Apa tindakan ke atas GRO yang ditangkap?


Kalau dilihat, setiap minggu ada sahaja berita tentang kejayaan pihak berkuasa menemui sarang-sarang maksiat dan memberkas perempuan-perempuan jalang serta ibu-ibu dan bapak-bapak ayam disiarkan di dada-dada akhbar sebagai salah satu taktik pihak akhbar untuk melariskan jualan akhbar mereka.

Hasil carian ReJaM© pada simpanan berita di Utusan Online untuk tahun 2010 sahaja, menemukan beratus hasil carian tentang keyword "gro" menunjukkan betapa kerapnya laporan berita tentang kejayaan pihak berkuasa memberkas gro-gro di serata Malaysia. Ini bermakna sekurang-kurangnya hampir seratus kali pihak berkuasa telah menangkap gro-gro di Malaysia untuk tahun 2010 sahaja.

Di bawah ini ReJaM© berikan sebahagian kecil keratan berita hasil screenshot yang diambil di Utusan Online. Untuk membuat screenshot sahaja tak mampu ReJaM© nak buat kerana terlalu banyak. Tahun 2010 sahaja sudah begitu banyak berita tentang penangkapan GRO di seluruh Malaysia. Belum lagi keyword-keyword yang lain seperti "pelacur" dan lain-lain. (sila klik untuk membesaran image di bawah ini).



Andai kata keluar 10 berita tentang kes pembunuhan, tentu sekali kita akan dengar sekurang-kurangnya 10 kali juga berita perbicaraan kes pembunuhan tersebut. Begitu juga kes kecurian dan rompakan, 30 kali kes yang dilaporkan tentu sekali akan disusuli dengan sekurang-kurangnya 30 kali juga perbicaraan.

Namun persoalannya di sini, lebih seratus kes penangkapan GRO-GRO ini, untuk tahun 2010 sahaja, mana pula laporan perbicaraannya? Belum dikira kes penangkapan pelacur, belum lagi dikira kes-kes penangkapan yang lama-lama di tahun-tahun yang lalu. Kes penangkapan di tahun-tahun yang lalu pastinya beratus juga. Jadi apa tindakan pihak berkuasa terhadap kes-kes ini semua?

Adakah pihak berkuasa tidak mampu menyediakan bukti untuk mendakwa mereka ini semua? Adakah mereka ini semuanya dibebaskan begitu sahaja? Jadi apa guna mereka ini ditangkap? Sekadar menutup mata rakyat atau bagaimana?

Adakah pihak berkuasa sengaja berbuat demikian kerana menyahut seruan Perdana Menteri Najib untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan di rantau ini?


ReJaM© "Kalau tangkap-tangkap lepas, baik tak payah tangkap, biar je negara ni hancur! Biarkan sahaja bala Allah turun di bumi Malaysia supaya kita semua mampos ditimpa bencana Allah S.W.T"
Baca artikel ini >>

Satelit India meletup beberapa saat dilancarkan


Inilah detik bersejarah saat kejadian dramatik apabila program angkasa India menghadapi halangan terbesar apabila satelit komunikasi canggihnya meletup hanya kira-kira seminit selepas dilancarkan ke angkasa.

Seorang pegawai Organisasi Kajian Angkasa India, ISRO (Indian Space Research Organisation) yang tergamam dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu tidak dapat memberikan alasan tentang punca letupan tersebut, namun seorang pegawai memberitahu bahawa terdapat kesilapan pada tahap kedua pelancaran roket tersebut.

"Roket tersebut pada tahap awal menunjukkan ia berfungsi secara normal. Masaalah mungkin timbul pada tahap kedua pelancarannya ia tidak menerima daya tujahan yang cukup" menurutnya.



Namun begitu seorang lagi pegawai mendakwa, roket tersebut telah mengalami kegagalan sejak di awal pelancarannya lagi.

Satelit GSAT-5P bernilai jutaan pound sterling seberat 310 kg itu, mengikut perancangannya untuk memenuhi keperluan sektor telekomunikasi dan jabatan kajicuaca India.

Roket tersebut dilancarkan ISRO pada jam 4.04 p.m waktu tempatan bersama satelit dari pusat angkasa Sriharikota, 80 km dari Chennai.

Kejadian ini mengimbas kembali kejadian letupan kapal Challenger Space Shuttle pada tahun 1986, roket milik kejajaan India meluncur ke angkasa, sambil memancarkan api jingga yang tebal di bahagian ekornya sebelum ia meletup dan bersepai.

Mujurlah roket ini tidak membawa manusia. Kejadian kapal Challenger yang lalu telah mengorbankan 7 orang krew.

Pelancaran roket tersebut pada asalnya dijadualkan pada 20 November, namun telah dibatalkan sehari sebelum pelancarannya apabila satu kebocoran dikesan pada salah satu daripada injap-injap enjin cryogenic buatan Russia itu.

Kemudian, ujian demi ujian telah dijalankan untuk memastikan kestabilan injap berkenaan. Pihak ISRO akhirnya telah meluluskan pelancarannya pada hari Krismas.

Negara Russia telah membekalkan 7 enjin cyrogenic, dan India telah menggunakan 6 daripadanya sehingga ke hari ini.

Satelit GSAT-5P dijangkakan mampu bertahan selama lebih 13 tahun. Ia mempunyai 36 transponder, penerima dan pemancar automatik untuk tujuan signal-signal komunikasi dan penyiaran.


Sumber: Free Malays

ReJaM© "Kita hanya mampu merancang..."
Baca artikel ini >>

Albert Einstein hidup kembali muncul di Iran



Sekeping gambar yang menunjukkan kemunculan wajah yang sangat dikenali di dunia sains suatu masa dahulu. Seorang individu yang menyerupai 'Albert Einstein' dijumpai di sebuah jalan di negara Iran.

Imej tersebut dipercayai diambil oleh China Central Television (CCTV), menunjukkan seorang lelaki yang begitu serupa dengan wajah saintis terkenal yang sudah meninggal dunia.

Seorang pembaca yang menyedari gambar ini telah memuat turunnya daripada internet.

Photo ini dikatakan begitu hangat dikongsikan di internet oleh pelayar-pelayar internet di negara China.

Pelbagai topik hangat dibincangkan bagi menjelaskan kewujudan gambar ini.

Antaranya ada yang menimbulkan persoalan "Mungkinkah Albert Einstein telah berjaya mencipta mesen masa semasa hayatnya?"

Einstein (1879-1955) merupakan seorang ahli fizik, falsafah dan penulis.

Beliau dianggap sebagai Saintis yang paling berpengaruh dan menjadi ikon Sains dan kebijaksanaan sepanjang zaman, dan juga dianggap sebagai "Bapa Fizik Moden".


ReJaM© "Atuk siapalah yang muka iras-iras Einstein ni?"
Baca artikel ini >>

25/12/2010

Amah Indonesia dera diri sendiri


Seorang wanita Arab Saudi yang didakwa sebelum ini atas tuduhan mendera teruk pembantu rumah bangsa Indonesia menafikan tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Malah dia mendakwa bahawa pembantu rumah Indonesia itu mendera dirinya sendiri serta mengatakan bahawa pembantu rumah itu 'tidak normal'.

Janda Arab berusia 53 tahun yang berasal dari Madina itu memberitahu sebuah mahkamah minggu ini bahawa dia tidak pernah menyerang ataupun mendera Sumiati Salan Mustapa, 23, yang telah dimasukkan ke hospital bulan lalu akibat kecederaan teruk pada muka dan kepalanya.



"Anak guam saya telah menafikan semua tuduhan mendera pembantu rumahnya. Pembantu rumah itu telah mencederakan dirinya sendiri dan kami merancang untuk memohon pampasan daripada pihak kerajaan kerana menahan anak guam saya lebih dari sebulan di penjara wanita," menurut kata peguam wanita Arab Saudi, Ahmed Al Rashid kepada akhbar berbahasa arab, Daily Okaz.

Peguam itu juga mendakwa bahawa pembantu rumah itu jelas sekali mempunyai masaalah mental dan beliau juga akan menolak sebarang laporan perubatan yang dikeluarkan di luar daerah jajahan dan membuktikan perkara sebaliknya.

"Saya hanya akan menerima laporan-laporan perubatan yang dikeluarkan oleh pakar psikiatri di dalam Arab Saudi"

Al Rashid berkata, beliau akan meminta sekali lagi kepada hakim untuk membebaskan anak guamnya atas ikat jamin apabila kes tersebut didengari semula pada hari Selasa depan.

Bulan lalu, akhbar Arab Saudi melaporkan bahawa, seorang majikan yang tidak diketahui namanya telah menggunakan besi panas untuk mendera Sumiati, yang kini berada di hospital bagi menjalani pembedahan merawat kulit kepala dan mulutnya.

Dia telah dibenarkan keluar daripada hospital, namun memerlukan rawatan fizikal dan fisiologi lanjut.

Kes Sumiati ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai di Arab Saudi dan Indonesia yang menjadi ajen penyedia pembantu rumah terbesar.

Malah insiden itu juga telah menyebabkan Indonesia digesa agar berhenti daripada menghantar rakyatnya untuk bekerja ke Arab Saudi, yang kini menempatkan kira-kira 2 juta rakyat Indonesia yang bekerja di dalam pelbagai bidang termasuk pembantu rumah.


Sumber: Free Malays

ReJaM© "La... Amah Indon ni separuh masak rupanya!"
Baca artikel ini >>

Hantaran anak Tuan Guru Nik Aziz RM 1000 sahaja


ReJaM© tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz di dalam petikan ulasannya di majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan (PUTIK) di Kota Bharu hari ini.

Tuan Guru Nik Aziz sebagai dipetik dari laporan BERNAMA,

Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.

"Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja," katanya.

Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina di dalam masyarakat.


Para pembaca lelaki yang masih belum berumah tangga bolehla mencuba nasib, untuk pengetahuan semua anak-anak Nik Aziz memang Tip Top, manis-manis dan solehah pada pandangan mata ReJaM©. Memang beruntunglah siapa yang dapat.


Inilah salah satu langkah bijak di dalam mengurangkan zina, buang anak, pembunuhan bayi dan gejala-gejala buruk lain yang bakal timbul. Bukan dengan cara mewujudkan Sekolah Harapan yang membela golongan-golongan penzina.

Tuan Guru bukan sekadar memberi pandangan, malah beliau sendiri menawarkan hantaran yang murah untuk anak gadisnya. Hantaran anak Menteri Besar paling murah di Malaysia, mungkin juga di dunia.

Di bawah ini, disertakan gambar salah seorang anak Tuan Guru, sila klik untuk membesarkan image.


ReJaM© "Hantaran dah murah dah tu, bab Agama tu yang penting nak kena stanby hehehe"
Baca artikel ini >>

Polis samseng, tak dapat rasuah pukul orang


Merdekareview melaporkan kisah seorang lelaki cina yang ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Muntah darah, terpelanting ke dinding. Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana. Dia dipaksa membuat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya. Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya dia membuat laporan polis.


Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.


Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana. Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.


Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman. Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis. Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli. Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.


Demikianlah pengalaman lima hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini. Chia Buang Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.


Sembunyikan diri dalam longkang


Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian. Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di balai.


Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia Buang Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk ke Balai Polis secara bersendirian. Meskipun melalui segala penyeksaan ini, Chia Buang Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan, kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis). Saya ingat, dalam balai polis ... saya akan mati di situ. Saya rasa tak ada harapan lagi. Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."


Chia Buang Hing menyeru, "Saya mengharapkan bantuan anda. Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang. Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati..."


Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya, kerana ia berlaku pada diri saya. Walaupun doktor kata tidak apa lagi (kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."


Polis nampak wang nota


Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Buang Hing memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara. Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu. Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya. Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.


Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje. Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai." Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."


Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya. Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang. Polis mahu duit!"


Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku. Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway. Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.


Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai. "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia. Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000.


Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor. Chia menjelaskan bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran. Malah, beliau membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya. Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada dirinya ketika ditahan.


Diugut polis


Chia Buang Hing diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan. Malah, polis yang menggarinya berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau (dahsyat), dan lokap sama lu long term."


Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah. Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis. Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.


Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga. Chia mendengar suara polis berbunyi "Mahu tolak lu mati". Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah dan berbuih di mulut. Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan akhirnya dibawa ke hospital.


Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman. Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret. Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin. Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.


Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng. Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.


Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil keterangan daripada mangsa kes ini.



ReJaM© "Lepas ni kena suruh perompak pula tangkap Polis!"
Baca artikel ini >>

24/12/2010

Bagi duit pada guru nanti negara bankrap - Pak Din




Sebelum ini Muhyidin Yassin membidas kenyataan Anwar Ibrahim yang ingin memberikan imbuhan khas kepada guru-guru sebanyak Rm 500 setiap bulan sekiramya pakatan rakyat berjaya memerintah Malaysia. Muhyidin kata, negara akan bankrap jika kerajaan buat beri duit RM 500 sebulan kepada guru.

Jawapan ini adalah jenis jawapan yang popular yang selalu keluar dari mulut pemimpin Barisan Nasional dan UMNO. Sebelum ini pemimpin UMNO dan BN kata negara akan bankrap jika mengikut kata Anwar, menurunkan minyak sebanyak 50 sen. Tapi selepas perdebatan hangat tidak seimbang antara Anwar dan Shabery Chik yang menyaksikan Shabery Chik dengan mulut berbuih-buihnya ditewaskan 10-0 dalam debat tersebut, kerajaan menurunkan juga minyak sebanyak 50 sen. Tak bankrap pun?

Dalam isu negeri Selangor, Khir Toyo pernah membidas janji Pakatan Rakyat untuk memberikan air percuma di negeri Selangor. Khir Toyo kata negeri akan bankrap kalau bagi rakyat air percuma. Tapi bila Selangor melaksanakan air percuma, tak bankrap pun?

Benarkah negara akan bankrap jika kerajaan bagi duit kepada rakyat? Kami rakyat Malaysia tidak mahu menyusahkan negara, tidak mahu bankrapkan negara! Kalau benar negara akan bankrap jika bagi rakyat duit, tak mengapalah tak payahlah bagi. Kami bukan rakyat yang mahu menghancurkan negara.

Tapi daripada duit-duit yang ada dibazirkan oleh kerajaan untuk memberikan subsidi gas kepada syarikat kroni sebanyak 19 Billion setahun, 5 billion untuk Menara Warisan, bayaran APCO 77 juta setahun, pembaziran empangan Bakun yang terbengkalai 6 Billion, dan 28 billion ketirisan dianggarkan akibat rasuah setahun. Bukankah duit-duit seperti itu lebih baik disedekahkan sahaja kepada rakyat?

Sekiranya wang-wang pembaziran di atas diberikan kepada rakyat, maka tidak wujud lagilah rakyat miskin di Malaysia ini. Bukankah asas ekonomi bagi pemerintah sesuatu negara ialah untuk menaikkan taraf hidup rakyat? Mengapa kerajaan fokus pada perkara lain?

Sekiranya kerajaan benar-benar ingin menaikkan taraf hidup rakyat sesuai dengan asas tanggung jawabnya sebagai pemerintah, jangankan guru, penganggur pun boleh diberi gaji dengan kebijaksanaan kerajaan melalui strategi penjimatan dan sebagainya.



Contohnya di Britain, tiada rumah orang tua, kerajaan Britain memilih untuk membelanjakan wang membuat rumah orang tua kepada wang imbuhan kepada penganggur yang sanggup menjaga orang tua mereka. Ini contoh tindakan bijak. Bukan seperti kerajaan yang mementingkan kroni, memilih untuk membina rumah orang tua untuk memboncetkan perut kroni.


ReJaM©"Bagi duit kepada rakyat tak boleh takut bankrap, tapi membazir berbillion-billion ringgit tak takut bankrap pulak? Dia ingat ini negara bapak dia punya!"
Baca artikel ini >>

Siapa kuat? Korea Utara atau Korea Selatan?




Heboh dengan berita ketegangan yang berlaku antara Korea Utara dan Korea Selatan yang bakal mencetuskan peperangan di antara kedua-dua buah negara. Amerika Syarikat seperti biasa akan menangguk di air keruh untuk mengambil kesempatan menjadi batu api agar kedua-dua negara ini bertempur.

Seperti perihal peperangan yang berlaku di Afghanistan dahulu, kekalahan tentera Taliban bukan kerana tentera Amerika kuat, tetapi kerana tentera Taliban terpaksa berundur lantaran tidak mahu bertempur dengan tentera pakatan Utara yang ditaja oleh US. Mereka tidak mahu bertempur dengan rakyat negara sendiri.

Dalam hal ini, Amerika yang mendabik dada konon nak jadi polis dunia, tak berani pun sebenarnya nak serang Korea Utara, dah terang-terang Korea mengaku ada teknologi Nuklear untuk membuat senjata pemusnah! Tapi Amerika bacul tak berani serang pun. Macam biasa si pengecut ni akan gunakan orang lain untuk berperang dengan Korea Utara. Bila yang menang jadi arang, dan yang kalah jadi abu, maka si bongkak Amerika akan masuk menjajah dengan alasan menjaga keamanan.

China dalam keadaan pening kepala. China kalau boleh tak mahu sekutu dia berperang! Sungguh pun Korea Utara disekat dari segi ekonomi, namun China tidak pernah lupa membantu geng komunisnya itu melalui Singapore. Berdasarkan pendedahan Wikileaks, China menjual beribu tan bahan makanan ke Korea Utara melalui sebuah syarikat di Singapura dan melenyapkan syarikat itu sebelum sempat dihidu oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

Kekuatan kedua-dua negara yang bakal kemungkinan besar berperang boleh dinilai daripada data ketenteraan di atas, namun Korea Selatan dijangka akan mendapat bantuan luar seperti US dan sekutunya, manakala China pula akan membantu Korea Utara.



ReJaM© "Apa pun peperangan ini dijangka bakal meletuskan peperangan yang lebh besar!"
Baca artikel ini >>

BN dan PR parti berbahaya - PERKASA




Presiden Perkasa Ibrahim Ali sebagai dipetik di dalam tajuk besar laporan Sinar Harian menggambarkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat adalah parti yang merbahaya. Namun dia mengatakan Parti Pakatan Rakyat lebih berbahaya. Apa yang jelas beliau mengeluarkan isi hatinya bahawa BN juga adalah parti yang berbahaya.

Sekiranya diambil secara langsung daripada tajuk "Pakatan lebih bahaya daripada BN: Perkasa" jelas menunjukkan presiden perkasa itu ingin mengkritik parti Pakatan Rakyat. Namun ibarat mengeluarkan kenyataan "Perompak lebih bahaya daripada pencuri", jelas sekali presiden perkasa menghentam kedua-dua parti gabungan utama Malaysia itu.

Jadi parti apa yang harus kita sokong ye Tok Katak? Adakah parti Perkasa yang rasis pula yang perlu kita sokong? Perkasa yang bertunjangkan perjuangan perkauman, dilihat hanyalah sekadar UMNO versi baru. Adilkah kita menyokong parti-parti perkauman seperti ini? UMNO, MCA, MIC, semua ini parti-parti yang bertunjangkan perkauman.

Kerajaan sibuk mewujudkan semangat perpaduan, integrasi nasional lah (zaman tun Mahathir), Satu Malaysia lah (Zaman Najib). Tapi kaum-kaum di Malaysia dipisah-pisahkan. Adakah adil jika sesuatu kaum itu mahu melebihkan kaumnya sahaja di dalam sebuah negara yang didiami bersama? Bukankah lebih elok memperjuangkan Islam? Semua kaum terbela, tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa.

Malah sekiranya memperjuangkan Islam, tiada siapa yang harus bimbang, kerana tiada paksaan beragama di dalam Islam. Baik Buddha, Kristian, Hindu, dan lain-lain agama tak perlu risau. Tiada siapa yang akan dipaksa untuk menganut Islam. Islam juga tidak membeza-bezakan bangsa.

Ucapkan selamat tinggal kepada Parti-parti yang bertunjangkan perkauman!


ReJaM© "PRU 13 Selamat berkubur Be End!"
Baca artikel ini >>

23/12/2010

Mahasiswa cenderung sokong pembangkang - Mukhriz




Satu lagi kenyataan yang tidak dapat disangkal, bagi anda yang pelajar di IPTA dan IPTS di seluruh negara tentu menyedari hakikat ini bahawa majoriti pelajar dan lecturer yang ditemui lebih cenderung untuk menyokong pembangkang berbanding kerajaan. Mengapakah hal ini terjadi?

Jawapannya mudah sahaja, dan hakikat ini juga menjawab persoalan mengapakah Akta AUKU yang menghalang mahasiswa dan mahasiswi berpolitik diwujudkan. Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi lebih cenderung menyokong pembangkang kerana mereka ini adalah golongan yang celik akal, dan tidak mudah ditipu. Begitu juga dengan kebanyakkan pensyarah-pensyarah di IPTA/IPTS yang secara diam-diam menyokong pembangkang.

ReJaM© sendiri sedar keadaan ini sewaktu di universiti dahulu. Ramai di kalangan kawan-kawan yang celik politik akan cenderung untuk menyokong pembangkang. Malahan ramai di kalangan pensyarah ReJaM© yang menjelaskan isu-isu negara kepada para pelajar membuatkan pelajar sedar dan bijak di dalam memilih pemerintah.

Harapan kerajaan hari ini hanyalah golongan peneroka FELDA, kakitangan kerajaan (yang terpaksa menyokong) dan orang-orang kampung yang kurang celik politik dan kurang maklumat untuk menyokong Barisan Nasional. Siapa yang harus dipersalahkan? Sebenarnya kerajaan sendiri yang silap. Jika mereka ingin rakyat menyokong mereka, BN harus memastikan semua rakyatnya mendapat kurang pendidikan jangan benarkan mereka masuk ke Universiti.

Ini kerana jika lebih ramai rakyat masuk ke Universiti dan memiliki ilmu, maka mereka akan celik politik, kerana mereka paham ekonomi, tahu ilmu pentadbiran, tahu undang-undang, tahu bagaimana memperolehi maklumat yang sebenar dan berfikiran rasional. Maka orang-orang bijak pandai inilah yang akan menghancurkan BN! Buktinya Dato Mukhriz sendiri menyedari hal ini!

Tapi kerajaan tidak perlu bimbang, masih ramai lagi golongan yang kurang berpendidikan di kampung-kampung yang mudah di "indoctrinate" dan diserapkan propaganda agar terus kekal menyokong BN melalui RTM, TV3, Utusan Malaysia, Harian Metro, dan Berita Harian. Golongan ini termasuklah warga emas yang memiliki darah biru dan golongan "pengampu" yang mengharapkan balasan projek-projek besar untuk memboncetkan perut.


ReJaM© "BN Nak menang senang je, robohkan semua universiti kat Malaysia!"
Baca artikel ini >>

Menteri rogol Amah Indonesia - Wikileaks



KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya. - Harakahdaily


Ingin tahu siapa menteri yang dimaksudkan? Klik sini Menteri rogol amah




ReJaM©
Baca artikel ini >>