Home » » Permohonan dan pembaharuan pasport secara online

Permohonan dan pembaharuan pasport secara online



.

Tindakan Jabatan imigresen yang akan melaksanakan permohonan pasport secara online seharusnya dipuji. Dalam era teknologi maklumat yang semakin meningkat ini, tindakan ini dilihat sememangnya wajar. ia dapat menjimatkan masa dan tenaga serta memudahkan urusan pendaftaran dan semakan. Jadi selepas ini sesiapa yang nak buat pasport tak payahlah beratur panjang-panjang (bagi pejabat imigresen yang sesak). Anda boleh terus memohon atau memperbaharui pasport secara online.

Secara luarannya tindakan ini Tampak mudah dan berkesan.

KOTA BHARU 2 Nov. - Jabatan Imigresen akan memperkenalkan permohonan pengeluaran pasport secara online bagi memberi kemudahan kepada mereka yang mempunyai perkhidmatan internet dan sibuk dengan tugasan harian.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) jabatan itu, Che Din Yusoh berkata, perkhidmatan percubaan itu akan diperkenalkan di kawasan Lembah Klang, bermula Disember depan.

“Ini adalah salah satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan Jabatan Imigresen dalam usaha mempercepatkan proses permohonan dan pengeluaran pasport di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Imigresen Zon Timur, di sini, hari ini.

Menurutnya, usaha ini juga dilakukan ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan yang disediakan kerajaan kepada rakyat, selaras gagasan kerajaan menerusi slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Beliau berkata, setakat ini jabatannya mengambil inisiatif memperkenalkan perkhidmatan pengeluaran pasport dalam masa singkat iaitu selama sejam di 47 pejabat utama di seluruh negara yang dianggap kawasan panas, seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Pulau Pinang. - Bernama




ReJaM© "Pasport Antarabangsa ReJaM pun baru luak sepuluh muka surat! hmmm..."

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger