[Ads] Saksikan kisah-kisah yang memberikan inspirasi kepada warga Malaysia klik sini [#ProjectListen]

04/11/2010

Perdana Menteri langgan pelacur Kelas atasan

Kongsi

Perdana Menteri melanggan pelacur kelas atasan? Berita yang benar-benar membuatkan rakyat Malaysia terkejut membacanya. ReJaM© juga betul-betul terkejut apabila diberikan link dengan tajuk PM langgan pelacur kelas atasan, Tapi bila baca, kus mangat, berita dari Kosmo rupanya. Bukan Perdana Menteri Malaysia la, tapi Perdana Menteri Italy nu...

Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang cukup terkenal dengan sikap suka berfoya-foya berdepan satu dakwaan terbaru apabila beliau dikatakan membayar seorang pelacur kelas atasan untuk mendapatkan khidmat seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelacur cantik bernama Nadia Macri itu memberitahu dia menghabiskan masa bersama Berlusconi sebanyak dua kali di rumahnya dengan bayaran mencecah AS$14,495 (RM44,738), selain diberi barangan kemas.

Nadia yang berusia 28 tahun itu turut mendakwa melihat Berlusconi melakukan hubungan seks dengan beberapa orang wanita di dalam sebuah jakuzi.

Dakwaan itu dibuat dalam satu kenyataan kepada pihak pendakwa raya yang melakukan siasatan berhubung parti-parti seks dan dadah yang diadakan di rumah percutian milik Berlusconi.

Nadia menyatakan, ganja ditawarkan kepada wanita-wanita pada parti itu.

Menurutnya, dadah itu ada di dalam pesawat rasmi Berlusconi.

Jika benar, dakwaan tersebut boleh menjejaskan karier Perdana Menteri itu.

Peguam Berlusconi, Niccolo Ghedini bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu.

"Tiada perkara yang tidak senonoh berlaku di rumah Berlusconi," katanya.

Kenyataan Nadia setebal 300 muka surat itu bocor kepada media Itali.

Sebelum ini, Berlusconi mendapat liputan meluas berikutan hubungannya dengan seorang penari gelek, Karima Keyek yang berumur 18 tahun. - Agensi



ReJaM©
Ruangan iklan dibuka! Hanya RM50/15 days
.........................................................................
[Ads] Peluang memenangi Samsung Galaxy Tab 7.7

1 comments:

tarzan.. berkata...

maw bom je dia nie..

Catat Ulasan

1-Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda, terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan.
2-Tolong berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja, jangan lari topik, nak cerita benda lain pergi tempat lain.
3-Elakkan memaki tak tentu pasal(biar kena pada tempatnya), tunjukkan anda bijak berhujah.
4.Komen TANPA NAMA yang dirasakan merapu, Hit and Run, akan DIPADAM Harap maklum!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.