Nampaknya di awal bahang PRK Galas, sudah ada segelintir penyokong UMNO Kelantan yang tidak berpuas hati dengan pencalonan calon lepasan SPM yang diumumkan baru-baru ini untuk mewakili Be End berentap di DUN Galas. Kalau diikutkan logik akal sememangnya calon yang dipilih oleh Be End untuk berdepan menentang Calon PAS lepasan Ijazah Sarjana Kedoktoran ibarat seperti bumi dengan langit. Walaupun tidak diketahui apakah sebenarnya strategi Ku Li memilih calon ini, namun dari pandangan kasar, keputusan ini ibarat membunuh diri bagi BN.
Jelas sekali BN sudah ketandusan calon untuk merebut DUN Galas, harapkan Ku Li menjadi calon, tentu sahaja anak raja itu tidak semudah itu untuk dipergunakan. Ataukah mungkin Ku Li sengaja meletakkan calon yang tidak berwibawa agar Be End kalah? Atau Ku Li ingin membuktikan kepada Najib bahawa dengan adanya beliau menjadi pengarah jentera pilihanraya Galas, beruk sekalipun menjadi calon, BN pasti memperoleh kemenangan?

ReJaM© "Undilah Calon PAS!"







1 comments:
macam edit jer bro.. :) ehehe
Catat Ulasan
1-Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda, terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan.
2-Tolong berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja, jangan lari topik, nak cerita benda lain pergi tempat lain.
3-Elakkan memaki tak tentu pasal(biar kena pada tempatnya), tunjukkan anda bijak berhujah.
4.Komen TANPA NAMA yang dirasakan merapu, Hit and Run, akan DIPADAM Harap maklum!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.