[Ads] Saksikan kisah-kisah yang memberikan inspirasi kepada warga Malaysia klik sini [#ProjectListen]

21/10/2010

Tukang tilik yang gagal menilik putus tangan

Kongsi

Biasanya kalau nama tukang tilik memang ramai yang penipu dari yang betul. Tukang tilik yang boleh menilik dengan tepat sememangnya ada, tak tahulah ReJaM© ilmu setan atau ilmu apa yang dia pakai. Tapi kebanyakkannya tukang tilik penipu! Menilik nasib orang dengan cara menipu kemudian mengaut keuntungan sebanyak mungkin.

Ini satu lagi contoh tukang tilik penipu yang gagal menilik nasibnya sendiri, akibatnya tangan kirinya putus ditetak orang.

GEORGE TOWN - Seorang tukang tilik biasanya meramalkan nasib dan masa depan orang lain. Bagaimanapun bagi seorang tukang tilik di sini, dia gagal meramal nasibnya sendiri.

Dalam satu kejadian di sebuah restoran berdekatan Jalan Masjid Negeri di sini malam kelmarin, seorang tukang tilik putus tangan kirinya akibat ditetak oleh lelaki tidak dikenali menggunakan senjata tajam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa Th'ng Keat Seong, 44, dipercayai diserang dengan kejam semasa sedang berjalan menuju ke kereta Mercedes Benz miliknya di Jalan Lintang Emas di sini.

Polis percaya mangsa diserang berdekatan but kereta sebelum penyerangnya bertindak menetak tangan mangsa hingga putus berdasarkan kesan darah yang ditemui di tempat kejadian.

Mangsa yang mengerang kesakitan kemudiannya dibawa ke sebuah hospital swasta oleh orang ramai yang melalui kawasan berdekatan.

Difahamkan, pihak polis sedang mencari pergelangan tangan mangsa yang hilang dan masih giat menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti motif serta berapa ramai suspek yang terlibat dalam insiden tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa masih dirawat di hospital dan pihaknya sudah mengambil keterangan lelaki itu berhubung kejadian itu.

"Kita juga minta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan kes yang akan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu, usaha sekumpulan pihak media untuk menemuramah mangsa gagal kerana dia masih dalam keadaan terkejut.



ReJaM© "Hukum tilik nasib adalah haram!"
Ruangan iklan dibuka! Hanya RM50/15 days
.........................................................................
[Ads] Peluang memenangi Samsung Galaxy Tab 7.7

3 comments:

JAKA berkata...

Org umno juga ramai tukang tilik antaranya kata mereka :

1. Kalau PR memerintah negara akan dijajah semula
2. Kalau PR memerintah pembangunan akan tergendala
3. Kalau PR memerintah hak melayu akan hilang
4. Kalau PR memerintah bangsa lain akan memerintah
5. Kalau PR memerintah....semuanya negatif laaa

Itulah sebabnya agama melarang jadi tukang tilik. Kerana ia menafikan hak dan kuasa Pencipta Yang Maha Mengetahui apa yg berlaku akan datang.

Mengapa sangat berpegang kepada tilikan masa depan yg belum tentu betul sedangkan kebobrokan masa kini yg sudah jelas dan terang berlaku dibiarkan saja?

Ingat tukang2 tilik umno, hari ini Th'ng Keat Song putus tangan, esok lusa kamu pula putus kuasa memerintah negara ini. Jangan salahkan burung tilik nasib. Salahkan perbuatan kamu sendiri yg mengundang kehancuran. Kerana 'burung' badan binasa.

jamal berkata...

Org umno juga ramai tukang tilik antaranya kata mereka :

1. Kalau PR memerintah negara akan dijajah semula
2. Kalau PR memerintah pembangunan akan tergendala
3. Kalau PR memerintah hak melayu akan hilang
4. Kalau PR memerintah bangsa lain akan memerintah
5. Kalau PR memerintah....semuanya negatif laaa


Sokong kata jaka! Diorang ni tak sedar perbuatan mereka.. tapi perasan bagus... itulah namanya umngok!

dania berkata...

umno la tukang tilik yg paling kuat menipu....

Catat Ulasan

1-Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda, terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan.
2-Tolong berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja, jangan lari topik, nak cerita benda lain pergi tempat lain.
3-Elakkan memaki tak tentu pasal(biar kena pada tempatnya), tunjukkan anda bijak berhujah.
4.Komen TANPA NAMA yang dirasakan merapu, Hit and Run, akan DIPADAM Harap maklum!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.