[Ads] Saksikan kisah-kisah yang memberikan inspirasi kepada warga Malaysia klik sini [#ProjectListen]

10/10/2010

Siapa bawa Rahimi masuk pejabat PKR?

Kongsi



Terdapat persoalan 'misteri' yang tidak pernah dibincangkan oleh anggota PKR tentang Rahimi Osman, iaitu siapakah yang membawanya masuk ke ibu pejabat PKR?

"Kita sudah tahu, Rahimilah dalang membawa (Mohd) Saiful Bukhari (Azlan) menjadi salah seorang pegawai khas Anwar.

"Tetapi, persoalan yang lebih penting yang tidak pernah kita semua perbincangkan, siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR dan menjadi pegawai khas Anwar?" soal naib presidennya Mustaffa Kamil Ayub.

Minggu lepas, Rahimi - bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - mendakwa beliau dipaksa dua peguam PKR Latheefa koya dan Saiful Izham Ramli untuk menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Latheefa dan Saiful - kedua-duanya juga pemimpin PKR - bagaimanapun menafikannya. Mereka sebaliknya mendakwa akuan bersumpah itu dibuat secara sukarela.

Dalam satu kenyataan semalam, Musaffa berkata, alangkah liciknya mainan "pembesar-pembesar Umno sehingga anggota parti pun tidak dapat menghidu rancangan busuk dan tidak bermaruah ini".

"Saya sangat yakin orang-orang Najib mahu rakyat melihat parti ini sudah didalangi dalang-dalang politik busuk yang bermasalah," dakwa Mustaffa yang juga pengerusi PKR Perak.

Beliau juga mendawa Rahimi tampil mengatakan dipaksa menamakan Najib dan Rosmah dalam akuan bersumpahnya semata-mata untuk melindungi kepentingan kedua-dua mereka.

"Rakyat dan anggota parti mahu diperbodohkan lagi dengan memadamkan nama kedua-dua peribadi misteri ini," kata Mustaffa sambil mempertikaikan kenapa Rahimi "beriya-iya" mahu memadamkan nama itu sekarang.

"Tidakkah kita hairan, mengapa Najib-Rosmah begitu berdiam diri dan sangat defensif walhal Rahimi bermati-matian cuba memadamkan nama kedua-dua peribadi itu dalam akuan bersumpahnya," katanya
Ruangan iklan dibuka! Hanya RM50/15 days
.........................................................................
[Ads] Peluang memenangi Samsung Galaxy Tab 7.7

5 comments:

mamat berkata...

be end penuh tipu muslihat kerana be end n umnogok meeemamg kaki putar n suka aninya org..

Tanpa Nama berkata...

stop it please, awk memburukkan orang yang memburukkan org lain yang tidak tentu buruk, padahal anda sendiri tidak tahu yang orang yang anda burukan itu buruk atau tidak... takde beza.
kau dan aku tahu.

nur berkata...

jgn sebab terlalu taksub ngn anwar. sanggup wat cite fitnah. bertaubatlah.

kejora berkata...

teringat kisah zaman sekolah dulu. seorang senior kehilangan wang, geng2 senior tuduh kami junior2 yg mencuri. kami junior2 tak puas hati terus bagi sorang suspek iaitu geng2 senior jugak. punya la geng2 senior mengamok sakan sebab member diorang jadi suspek. yang pelik suspek duk diam sahaja walhasil dia tau yang junior2 nih yang tuduh dia. kalu aku sah2 aku mengamok kalu aku tak buat jenayah curi itu.. kesimpulannya.. kenapa yang dituduh diam sahaja padahal yang konco2 dia semua tak puas hati. fikir2kan dan selamat beramal........

Tanpa Nama berkata...

kejora...ada beza budaj hingusan dgn org matang meghadapai situasi camni...btw, btol ke yg dituduh x wat apa2...mcm dah dia buat utk membersihkan namanya....cuma xde publisiti kat media kerajaan...tu je...

Catat Ulasan

1-Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda, terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan.
2-Tolong berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja, jangan lari topik, nak cerita benda lain pergi tempat lain.
3-Elakkan memaki tak tentu pasal(biar kena pada tempatnya), tunjukkan anda bijak berhujah.
4.Komen TANPA NAMA yang dirasakan merapu, Hit and Run, akan DIPADAM Harap maklum!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.