Home » » Sekali lagi Rosmah Mansur Hina Islam hina Muslimah!

Sekali lagi Rosmah Mansur Hina Islam hina Muslimah!



.
Sebelum ini Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri Najib Razak dikecam hebat oleh sebilangan besar umat Islam di negara ini apabila dia dikatakan bersubahat di dalam menganjurkan serta menjadi penaung Islamic Fashion Festival yang mencemarkan Islam apabila memaparkan model-model seksi yang tidak menutup aurat yang dipromosikan sebagai busana Islam.

Hari ini seorang ulama muda UMNO, secara terang-terangan membela Rosmah Mansur. Beliau menyelar pihak yang membangkang Rosmah kerana tergesa-gesa membantah program Busana Rosmah Mansor tanpa usul periksa.

Namun apa yang jelas Ulama muda UMNO ini yang nampaknya tak cukup periksa untuk membela Rosmah Mansor! Sedar atau tidak siapa yang dibela ini? Tahukah dia Rosmah Mansor sendiri seorang individu yang tidak menjaga keperibadiannya?

Dengan imejnya yang tidak melambangkan imej wanita Islam, layakkah dia menganjurkan program Busana Islam? Bukankah di dalam menganjurkan Program Busana Islam aspek auratlah perkara pokok yang mesti diambil kira? Layakkah dia dibela?

Selepas bantahan terhadap Rosmah, selepas tindakan Ulama muda UMNO yang membela beliau, kali ini didedahkan satu lagi ucapan dari mulut Rosmah yang nampaknya benar-benar menghina kaum muslimah sekaligus menghina Islam.

Selepas menonton persembahan busana yang kononnya dikatakan Islamik yang menjolok mata di hadapan beliau sendiri, malah di hadapan mata suaminya Perdana menteri Najib sendiri beliau tanpa segan silu tanpa rasa bersalah dengan bangganya mengatakan bahawa Busana yang pertontonkan di sana adalah busana yang sesuai dipakai oleh kaum Muslimah serta semua wanit secara amnya!
Rosmah yang juga penaung IFF berkata, sebagai perintis dalam menggerakkan fesyen Islam, Malaysia harus mengambil peluang jurang dalam pasaran busana Muslim yang luas memandangkan ia bukan sahaja sesuai dipakai Muslimah tetapi wanita keseluruhannya. Utusan Meloya

Inikah busana yang sesuai dipakai oleh kaum muslimah? Rosmah sudah Jahil atau gila? Ulama Muda UMNO pula dah gila apa?








ReJaM© "Ulama Muda UMNO dah gila atau dah buta?"

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger