Home » » Robot jadi guru di Korea Selatan

Robot jadi guru di Korea Selatan




Sama sahaja dengan suasana sebuah kelas yang biasa: para pelajar melakukan kerja sekolah di atas meja masing-masing sementara cikgu memberikan arahan. Namun lain dari cikgu yang biasa, cikgu kali ini dibina daripda plastik dan litar komputer.

Ini bukanlah sebuah filem saintiik: ianya adalah sebuah kelas pembelajaran bahasa Inggeris yang diajar oleh Engkey sebuah cikgu robot di satu daripada bandar Masan di Selatan Korea.

Sebahagian dari program perintis dilancarkan oleh kerajaan Korea Selatan, pelajar di dua sekolah rendah di kota sedang belajar Bahasa Inggeris oleh guru robot.

Korea Selatan kini menggunakan teknologi tinggi, robot melayani berbagai keperluan pendidikan dan kerajaan menekankan pembangunan ini dengan rancangan untuk mengembangkan program pembelajaran menggunakan Robot "R-learning,".

Mun-Taek Choi adalah seorang jurutera penyelidik senior di salah sebuah Institut Sains dan Teknologi Korea, lembaga penyelidikan yang dibiayai oleh kerajaan bagi mengembangkan Engkey.

Dia mengatakan kepada CNN bahawa penilaian kerajaan menunjukkan bahawa "sistem robot pendidikan memang membantu meningkatkan minat pelajar dan motivasi diri dalam belajar Bahasa Inggeris dan meningkatkan kemampuan Bahasa Inggeris mereka."

Tiga puluh enam Engkeys dijadualkan akan dilaksanakan di 18 sekolah dasar di kota Daegu Korea pada akhir tahun ini, menurut KIST.

The Engkey dihubungkan dan dikendalikan dari jarak jauh oleh seorang guru manusia di luar kelas, yang wajahnya muncul di skrin robot. Malah Robot ini boleh menhubungkan pelajar dan guru sehingga sejauh jarak Korea dan Australia.

Selain popular dengan kanak-kanak, robot Telepresence juga membantu mengatasi masaalah kekurangan guru berbahasa Inggeris yang berkualiti di Korea Selatan, kata Choi.

Robot Telepresence yang digunakan dapat bermanfaat bagi pelajar, menurut Tucker Balch, profesor dari pengkomputeran interaktif di Institut Teknologi Georgia.

"jenis teknologi begini dapat membawa pelbagai jenis pengajaran yang seharusnya dapat sedia memberikan ruang kelas yang lebih," katanya.


ReJaM© "Sepuluh tahun dahulu, kita bersaing rapat dengan Korea Selatan. Namun hari ini negara tersebut jauh meninggalkan kita dari segi aspek Teknologi".

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger