Home » » Harga getah terkini mencapai RM 12.20 per Kg

Harga getah terkini mencapai RM 12.20 per Kg



.
TEMERLOH: (Berita Harian Online) Peningkatan harga getah SMR 20 yang tinggi secara konsisten dengan mencatatkan paras tertinggi sehingga RM11.90 per Kg pada pagi kelmarin membolehkan 380,000 para pekebun kecil RISDA memperolehi pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik, beliau menjangkakan ia akan menarik perhatian orang ramai untuk menoreh getah secara sambilan bagi menambah pendapatan, walaupun kegiatan menoreh getah kini dilihat telah semakin kurang popular.

Sementara itu, Rahim ketika dihubungi berkata setakat jam 5 petang semalam harga SMR 20 ditutup RM12.02 sekilogram, iaitu yang tertinggi dalam sejarah industri getah negara dan dijangka akan terus memberi manfaat kepada pekebun kecil.

"Pada 2008, apabila harga getah RM10 sekilogram, ada kakitangan awam dan swasta sanggup mengambil cuti tahunan untuk menoreh getah dan ada yang bangun awal pagi menoreh dulu sebelum pergi kerja. Berita baik ini juga dapat menarik perhatian belia untuk menjadi penoreh getah moden yang berjaya memandangkan ketika ini pekebun kecil majoritinya berumur 55 tahun ke atas.

Selain itu, Rahim juga menggesa kepada para pekebun kecil agar sentiasa mengamalkan langkah berjimat-cermat memandangkan harga komoditi itu juga banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi global.

Lantaran itu, beliau juga berkata, pihaknya bercadang mewujudkan skim simpanan khas bagi pekebun kecil bagi membantu mereka untuk jangka masa panjang.

"Malah, ia bertujuan menggalakkan pekebun kecil berjinak-jinak dalam bidang perniagaan supaya tidak hanya bergantung kepada pendapatan menoreh getah," katanya.


RejaM©: "Apa lagi dok mencongok tu?! Jom noreh!!"

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger