Jingga 13 desak Polis tangkap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR

JINGGA 13 mendesak Ketua Polis Negara yang baru agar menangkap dan mendakwa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) atas jenayah yang tidak boleh dimaafkan iaitu menipu rakyat Malaysia di atas kes DAKWAT KEKAL yang TIDAK KEKAL.

Pelbagai laporan polis dibuat terhadap kes tersebut ternyata sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang juga turut melibatkan jutaan RInggit Malaysia wang rakyat.

Alasan kononnya petugas SPR yang tidak "mengoncangkan" botol dakwat pada proses pengundian awal anggota tentera pada 30 April 2013 adalah satu penipuan dan pembohongan kerana pengundian berlaku pada 5 Mei 2013 juga masih berlaku kes yang sama! Ternyata dakwat yang dibeli oleh pihak SPR adalah tidak berkualiti dan tidak kekal sepertimana yang diwar-warkan oleh SPR. Adakah wujud komisyen daripada pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut sehingga dipertahankannya sedemikian rupa sedangkan ternyata tidak berkualiti dan merugikan wang rakyat??

JINGGA 13 mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dilakukan terhadap pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut. Tangkapan dan pendakwaan wajar dibuat terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR oleh pihak polis kerana terhadap banyak laporan polis berkaitan isu tersebut.

Tindakan dengan PANTAS terhadap beberapa blogger Milosuam,King Jason dan terbaru terhadap Aktivis Mahasiswa Adam Adli menunjukkan dwi-standard Ketua Polis Negara baru begitu tunduk dengan sang penguasa dengan menggunakan undang-undang tetapi bersikap berbeda terhadap mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan UMNOBN seperti SPR sedangkan jutaan RM wang rakyat dibazirkan begitu sahaja dari tindakan penipuan mereka.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



Baca Artikel ini | Comments

Hasil tinjauan 81% pembaca The Edge sokong Anwar Ibrahim bersara palsu

KAJIAN laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.

Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya, Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei lalu.

Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.

"Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai," kata The Edge.

Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers.

Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya sama ada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan Pakatan itu untuk memenangi pilihan raya 5 Mei lalu.

81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara.

Sumber : http://www.keadilandaily.com/?p=52152

Sent from Samsung Galaxy Note


Baca Artikel ini | Comments

24 petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi - KEADILAN

KEADILAN mendedahkan satu lagi bukti penemuan terbaru berhubung penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.

Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Besut.

 "Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24  petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi," jelas Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti, petang semalam.

"Kini kita (Pakatan) ada 29 kawasan Parlimen yang mempunyai bukti kukuh menjelaskan dakwaan kita berhubung penyelewengan pilihan raya," kata Saifuddin yang enggan mendedahkan sebuah lagi kawasan lain.

Menurutnya lagi, salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli.

"Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan," katanya.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menang memperolehi 35,232 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor 26,890 undi dengan majoriti 8,342.

Isnin lalu, Rafizi memberitahu, terdapat 27 kawasan Parlimen yang akan disiasat dan membuat petisyen bantahan berhubung penipuan pilihan raya.


Sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=52096

Sent from my BlackBerry

Baca Artikel ini | Comments

Warnakan 13 Mei dengan penyatuan rakyat selamatkan demokrasi

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pertama sekali mengucapkan selamat menyambut Hari Bangsa Malaysia, 13 Mei. Satu tarikh yang telah menjadi sejarah akan diwarnakan dengan episod penyatuan rakyat.

Ketika Barisan Nasional cuba menyembunyikan pemerkosaan terhadap demokrasi dalam PRU13 baru-baru ini dengan mengapikan sentimen perkauman melampau, SAMM tampil dengan acara khas yang membabitkan pemimpin rakyat dari semua kaum, termasuk penampilan wakil mahasiswa dari pelbagai bangsa.

Bersempena dengan 13 Mei ini juga, SAMM dan penggerak mahasiswa SMM dengan kerjasama pelbagai NGO menganjurkan sebuah Rapat Rakyat "13 Mei: Hari Bangsa Malaysia - Selamatkan Demokrasi" pada malam ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH). Acara bermula jam 8 malam. 

Rapat Rakyat yang berlangsung pada tarikh hari ini menjadi bukti betapa permainan perkauman tidak menghalang semangat penyatuan rakyat berbilang kaum itu disambut. Rakyat dengan berani keluar dan berhimpun pada tarikh ini, tiada apa lagi yang dapat dimomokkan kepada generasi hari ini.

Sudahlah demokrasi dinafi, rakyat disimbah pula dengan minyak tanah untuk dibakar sentimen perkauman. Kononnya pilihanraya 5 Mei adalah penolakkan satu bangsa. Namun semua sedar dan tahu, sebenarnya tarikh 505 adalah penolakkan semua bangsa terhadap perasuah dan pemain perkauman acuan penjajah. 'Pre-emptive'  penolakkan besar terhadap Barisan Nasional ini telah mengundang rancangan kecurangan pilihanraya diatur dan hasilnya kemenangan rakyat dinafikan dalam sebuah pilihanraya terkotor dalam sejarah. Blackout505!

Maka atas sebab ini, semua wajib mengambil bahagian dalam rapat rakyat malam ini di KLSCAH.

Penganjur acara malam ini menyediakan ruang yang cukup untuk lebih 10ribu hadirin dengan tempat selesa di dalam dewan (bagi yang hadir awal) dan skrin besar di parkir yang berpagar. Ruangan parkir juga akan dikosongkan untuk beri ruang lebih ramai mampu dimuatkan dalam rapat rakyat malam ini. Kepada yang menaiki kereta, penganjur mencadangkan supaya meletak kenderaan di parkir stadium merdeka dan hanya perlu menyeberangi jalan (Maharajalela) melaui stesen monorail Maharajalela. 

Hadirlah dengan pakaian hitam atau simbolik hitam sebagai tanda bersama pergerakan#Blackout505 dalam usaha mengembalikan kemenangan rakyat pada PRU13 dari keputusan SPR yang telah dilacurkan.

"Suara Rakyat Suara Keramat"

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Sent from my BlackBerry

Baca Artikel ini | Comments

Haram mengapikan isu perkauman - Dr Asri

TINDAKAN mengapi-apikan isu perkauman adalah haram disisi agama Islam, kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini, ditengah-tengah kemelut kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) menyalahkan masyarakat Cina ekoran keputusan buruk pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Bekas mufti Perlis tersebut berkata tindakan memainkan isu perkauman bertentangan dengan ajaran Islam sebenar yang mengajar ke arah keamanan dan kemakmuran.
"Haram bagi seorang muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya.
"Wajib kita mempamerkan keindahan kesejagatan Islam kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia," kata Asri dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Menurut Asri,masyarakat berbilang kaum dalam negara akan berpecah-belah dan menyebabkan situasi tidak harmoni sekiranya pemimpin politik negara terus menggunakan isu perkauman untuk kepentingan politik.
"Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara berbilang kaum seperti Malaysia ini.
"Ia hanya akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas prejudis perkauman," katanya lagi.
Beliau juga berkata isu perkauman adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam yang mana ia tidak khusus kepada sesuatu kaum sahaja ataupun negara, berbeza di Malaysia dimana orang Melayu adalah secara tidak langsung ditafsir sebagai penganut agama Islam.
"Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi.
"Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama," tambah tokoh agama tersebut lagi.
Ketentuan seseorang itu dilahirkan dalam bangsa tertentu bukan adalah pilihan individu tersebut tetapi adalah ditakdirkan oleh Allah, tegas Asri sambil menambah masyarakat di Malaysia sepatutnya memahami antara satu sama lain.
"Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau cina atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah," katanya lagi.
Asri kemudiaan memetik ayat Al-Quran yang menyebut, "Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan."
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia antara yang paling lantang mengkritik dan menyalahkan masyarakat Cina ke atas prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya 2013 disamping menyerang DAP yang dikatakan menghasut masyarakat tersebut.
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga selepas keputusan PRU13 mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila mengganggap pilihan raya kali ini adalah "tsunami Cina" dan kemudiaan Utusan Malaysia menyokongnya dengan mengeluarkan artikel berbentuk perkauman "Apa lagi Cina mahu".
Selain itu, blogger pro-Umno Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris baru-baru ini juga ditahan pihak berkuasa kerana mengeluarkan artikel berbau perkauman ke atas masyarakat Cina dan beliau disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, tetapi telah dibebaskan semalam.
Penganalisis telah menekankan keputusan Pilihan Raya 2013 bukanlah "tsunami Cina" seperti didakwa oleh Najib akan tetapi peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas.
BN memenangi 133 berbanding 222 kerusi yang dipertandingkan untuk parlimen, menurun tujuh kerusi, kepada pembangkang jika dibandingkan dengan keputusan Pilihan Raya 2008.
Daripada 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat, DAP memperolehi kerusi terbesar dengan 38 kerusi.
BN turut hilang undi popular kepada PR — pertama kali sejak 1969 ketika parti itu dikenali sebagai Perikatan.

Sumber: The Malaysian Insider


Sent from my BlackBerry
Baca Artikel ini | Comments

Dakwat kekal tidak kekal: SAMM desak pilihanraya semula


Himpunan BERSIH sejak 2007 lagi telah menggesa penggunaan dakwat kekal, diikuti dua lagi siri himpunan BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Malah himpunan KL112 yang menyaksikan lebih setengah juta rakyat berhimpun turut menekan supaya pilihanraya bersih dan adil dapat dilaksana, ia termasuklah dalam konteks menuntut penggunaan dakwat kekal. 

Dakwat kekal hampir digunakan dalam PRU tahun 2008 namun diketepikan sejurus sebelum hari pengundian. Pelbagai pengorbanan, perlawanan antara rakyat dan penguasa pemerintah berlaku untuk tuntutan ini. Ada rakyat yang cedera, ada yang patah kaki, ada yang patah gigi. Malah ada yang mati terkorban dalam menuntut pilihanraya bersih dan adil, termasuklah dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal adalah satu perjuangan rakyat.

Akhirnya perjuangan rakyat untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil dalam konteks tuntutan dakwat kekal telah dipersetujui oleh SPR untuk digunakan dalam PRU-13. Ini kejayaan setelah tiga kali BERSIH. 

Mengapa penggunaan dakwat kekal dititik-beratkan supaya diguna dalam pilihanraya?

Dakwat kekal dituntut penggunaannya untuk memastikan tiada pengundian berganda berlaku. Pernah dicadangkan penggunaan sistem matrix, namun sistem tersebut menimbulkan lebih banyak komplikasi untuk dilaksana dan dakwat kekal tetap jadi pilihan.

Setelah penggunaan dakwat kekal dipersetujui oleh SPR, ini bermakna dakwat kekal tersebut haruslah berfungsi dengan baik, tahan (kekal di jari) sekurang-kurangnya 7 hari kerana Hari Mengundi Awal (yang menggantikan undi pos) adalah 5 hari sebelum hari pengundian awam.

Dakwat kekal seharusnya menjadi medium penting yang menjamin 278 ribu pengundi awal, tidak mengundi lagi. Dakwat kekal juga harus menjamin 11 juta pengundi yang mengundi pada 5 Mei, tidak mengundi untuk kali kedua. 

Dakwat kekal juga membolehkan kita mengesan warga asing yang jarinya dicalit, ini menunjukkan warga asing tersebut telah mengganggu demokrasi negara ini. Bayangkan, jika ditemui satu kilang yang penuh warga asing di mana jari mereka tercalit dakwat kekal.

Namun apabila dakwat kekal dikesan tidak kekal selepas hari pengundian awal, semua tertumpu kepada SPR. Sepatutnya dakwat kekal bertahan 7 hari, tetapi hanya dibasuh sabun cuci pinggan, dakwat hilang. Malah ada kes disapu pada rumput basah pun boleh tertanggal dakwatnya.

Apakah dakwat yang digunakan itu tidak berkualiti setelah jutaan RM digunakan? Atau ia disengajakan supaya pengundi awal 'terlepas' tapisan dakwat kekal.

SPR memberi alasan dakwat kekal itu perlu 'digoncang' terlebih dahulu untuk memastikan ia berkesan. Namun ia sudah terlambat apabila dakwat kekal tidak berkesan pada 30 April (hari mengundi awal), maka 278 ribu pengundi awal mampu 'transform' menjadi pengundi hantu. 

SPR juga kemudian menjelaskan 'fiasco' dakwat tidak kekal tidak perlu dilayan kerana kononnya setiap pengundi tidak mampu mengundi dua kali. Perakuan ini adalah sama ertinya dengan apa yang berlaku tahun 2008, penggunaan dakwat kekal terus dinafikan pada PRU 2013. 

Mengapa SPR meremehkan isu dakwat kekal? Ia tidak sepatutnya berlaku setelah penggunaan dakwat kekal dipersetujui. Tindakkan SPR tidak mengambil kisah perihal dakwat tidak kekal ini merupakan satu pengkhianatan dan penipuan dalam terang.

Harus diingat, ratusan ribu nama dalam senarai pengundi tidak dijumpai alamatnya kerana alamat tidak wujud, malah banyak kes yang dijumpai menunjukkan ratusan pengundi berkongsi alamat sama, dan alamat tidak lengkap. Di sinilah gunanya pengundi hantu, setiap nama yang tidak wujud itu perlu ada individu yang masuk ke saluran mengundi kononnya sebagai penama tersebut. 

Penama orang yang telah mati juga tidak dibersih dari senarai pengundi, maka pengundi hantu diperlukan juga di sini. Banyak kes daftar undi untuk pengundi baru berlaku secara rahsia, ia hanya diketahui apabila seseorang yang ingin daftar mengundi mendapati namanya telah didaftarkan, di sini juga pengundi hantu diperlukan.

Begitulah banyaknya implikasi yang boleh berlaku sekiranya dakwat kekal tidak digunakan, kerana itu juga penggunaan dakwat kekal dituntut dan kerana itu juga SPR telah bersetuju dakwat kekal digunakan dalam PRU-13, akhirnya dinafi. Penafian penggunaan dakwat kekal (dakwat yang benar-benar kekal) ini menjadikan PRU-13 sebagai pilihanraya yang terkotor dalam sejarah, yang akhirnya kemenangan Pakatan Rakyat itu dirampas oleh SPR dan Umno.

Justeru itu, oleh kerana SPR telah khianat janjinya untuk penggunaan dakwat kekal, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan pilihanraya umum ke-13 harus dilakukan sekali lagi dengan dakwat yang mampu kekal 7 hari. SAMM mendesak keras pilihanraya semula mengambil tempat.

Seperti dijangka dari awal, SPR telah meluluskan beberapa tuntutan sebagai lakonan untuk beri laluan pilihanraya berlangsung. SPR juga telah menggunakan beberapa tuntutan BERSIH sebagai helah untuk lebih banyak penipuan disusun bagi mengekalkan regime Barisan Nasional. Antaranya ialah pemansuhan undi pos (diganti undi awal) dan juga penggunaan dakwat kekal yang akhirnya, tidak kekal.

Hari ini, akan berlaku himpunan besar 'Black505' di Stadium Kelana Jaya. Himpunan menifestasi kemarahan rakyat dan dijangka puluhan ribu akan hadir. SAMM beri jaminan, pasca himpunan 'Black505' bakal menyaksikan akan lebih ramai rakyat turun berhimpun. Sepertimana amaran yang telah dilaungkan, Tipu PRU Rakyat Bangkit Humban Kamu! 

SAMM beri kata dua kepada kerajaan Najib dan konconya SPR, samada untuk mengadakan pilihanraya semula atau hadapi kemaraan rakyat!


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sent from my BlackBerry 
Baca Artikel ini | Comments

Penipuan SPR - Dakwat kekal boleh padam dengan air sabun


PROSES pengundian awal hari ini menjadi haru biru apabila dakwat kekal yang dicalit di tangan pengundi rupanya boleh dipadam dengan mudah menggunakan air sabun.

Lihat gambar bagaimana salah seorang tentera yang baru sahaja membuang undi menunjukkan dakwat yang dicalit di jarinya dengan mudah boleh dihapus begitu sahaja.

Laporan polis dibuat di seluruh negara diketuai pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu dakwat kekal ini.

Pengerusi SPR dan timbalan sila letak jawatan dan masuk rancangan Maharaja Lawak Mega!

Sent from my BlackBerry
Baca Artikel ini | Comments

Ummi Hafilda jadi model produk putihkan kulit gebu persis bayi



BARANGKALI Ummi Hafilda sudah insaf dan tak mahu lagi menjaja fitnah untuk menyara hidupnya maka dia dan suami Pakistan yang baru dikahwini kini memulakan perniagaan produk memutihkan kulit.

Lebih menarik Ummi Hafilda sendiri menjadi model produk tersebut. Salah seorang sahabat memaklumkan iklan produk itu ada disiarkan di akhbar. Gua tertarik dengan tagline "Gebu persis bayi" yang digunakan.

Eloklah meniaga sebab kalau Ummi nak berceramah menyerang Anwar lagi macam dulu pun sudah tidak ada orang nak dengar cerita dia.
Baca Artikel ini | Comments

Laman web Harakahdaily kena hack


NAMPAKNYA Barisan Nasional sudah memulakan taktik kotor mereka dengan cara menggodam laman sesawang rasmi Harakahdaily. 

Laman web yang menjadi lidah rasmi Parti Islam, PAS itu sebentar tadi menyiarkan artikel yang dipercayai bukan ditulis oleh pengendali asal laman web tersebut atau dengan kata lainnya ia telah digodam (hacked).

Harap pihak pengendali laman Harakahdaily segera mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengatasi masaalah ini.

Sent from my BlackBerry
Baca Artikel ini | Comments

Bantahan terhadap arahan mengisi borang identiti kepada tentera yang mengundi awal

SAYA telah mendapat informasi bahawa satu taklimat telah diadakan kepada anggota-anggota tentera pada jam 9 pagi tadi bahawa semua anggota tentera yang akan melaksanakan pengundian awal pada 30 April 2013 dikehendaki mengisi borang identiti dan memasukkan ke dalam sampul serta dimasukkan bersama-sama kertas undi ke dalam peti undi.

Pihak saya telah menghubungi Pengarah SPR Negeri Pahang untuk mendapatkan kesahihan dan kepastian daripada pihak SPR adakah ianya adalah implimentasi oleh pihak SPR dan pihak SPR telah mengesahkan bahawa ia bukan arahan SPR dan dilaksanakan oleh pihak pengurusan tertinggi Kem.

Justeru, selaku Calon P85 Pekan, saya MEMBANTAH tindakan tidak rasional dan tidak demokratik tersebut yang akan dilaksanakan pada hari esok 30 April 2013 semasa pengundian awal yang sudah pasti bertujuan menakut-nakutkan anggota-anggota tentera untuk melaksanakan amalan demokrasi dan kebebasan sebagai warganegara Malaysia.

Saya akan membuat pemantauan esok di kesemua lokasi pengundian awal di kawasan Parlimen Pekan bagi memastikan amalan demokrasi dilaksanakan secara adil dan profesional serta tidak melanggari Hak Asasi Manusia .

PAKATAN HARAPAN RAKYAT

FARIZ MUSA
Calon P85 Pekan

Sent from my BlackBerry

Baca Artikel ini | Comments

Kempen doakan Sharizat dan Rosmah oleh Wanita Umno

PELBAGAI gelagat dan taktik kempen boleh dilihat menjelang pilihanraya umum ke 13 di seluruh negara. Seperti biasa Barisan Nasional meneruskan kempen lucah untuk menarik undi orang Melayu. 

Di sebalik kempen lucah dijalankan oleh Barisan Nasional, gua nak tergelak dengan kempen meraih simpati atau boleh dikatakan kempen mengampu digerakkan oleh Wanita Umno.

Poster-poster dengan gambar suami Najib Razak, Rosmah dan Sharizat Jalil, Ketua Wanita Umno ditampal di tiang-tiang lampu dengan tulisan mendoakan kesejahteraan mereka berdua.

Lebih lucu Wanita Umno nampaknya menganggap Shahrizat yang membela lembu dalam kondo serta Rosmah yang telah dinobatkan sebagai wanita paling boros di Malaysia ini sebagai tauladan.

Kalau inilah tokoh-tokoh yang menjadi tauladan wanita Umno, maka terbukti hanya orang gila dan kaki ampu sahaja yang masih tinggal untuk memimpin wanita Umno 
Sent from my BlackBerry
Baca Artikel ini | Comments

Calon KEADILAN Parlimen Pekan dituduh cabul anak murid

KITA faham benar dengan kempen lucah yang dijalankan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk mendapat sokongan orang Melayu.

Kali ini kempen lucah turut dikesan dilakukan oleh jentera gerak saraf Umno di Parlimen Pekan, Pahang tempat di mana calon KEADILAN, Fariz Musa menentang calon BN, bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Jentera gerak saraf Umno difahamkan mula menyebarkan cerita lucah kononnya, calon KEADILAN, Fariz Musa yang merupakan seorang bekas guru telah dipecat kerana mencabul anak muridnya di salah sebuah sekolah di Chini, salah sebuah daerah di Pahang.



Bagaimanapun Fariz melalui akaun twitter miliknya @farizmusa menjelaskan bahawa beliau tidak pernah ditugaskan mengajar di Chini. Beliau turut mencabar pihak yang menuduhnya agar menunjukkan bukti dakwaan liar tersebut.

Sabarlah Cikgu Fariz, dah nama pun lawan dengan parti lucah, adatlah kena serang dengan isu lucah. Tak lama lagi keluarlah cerita Fariz Musa meliwat pulak, biasalah UMporNO.
Baca Artikel ini | Comments

Petugas BN kantoi turunkan bendera PAS





MALANG, itulah yang boleh digambarkan terhadap petugas (sebut macai) BN ini. Belum sempat dia beredar selepas melakukan sabotaj, gambarnya telah dirakam oleh salah seorang sahabat kita yang kebetulan lalu di situ.

Kejadian yang berlaku di Johor Bharu ini secara tidak langsung mendedahkan taktik kotor para petugas upahan Barisan Nasional di kawasan tersebut. 

Difahamkan lelaki yang lengkap memakai tshirt berwarna biru dengan logo Barisan Nasional ini memasang banner Barisan Nasional sebelum dia kemudian menurunkan bendera PAS sebagai tindakan sabotaj. 

Inilah contoh macai upahan Barisan Nasional, gambarnya kini tersebar luas di facebook dan twitter menjadi bahan ejekan orang ramai dengan pelbagai gelaran hina.

Berbaloikah upah RM20 yang diterima namun jadi bahan hinaan dan ejekan orang ramai? 
Peringatan untuk macai:

Fikir dahulu sebelum buat, jangan gadaikan maruah anda. Malu sampai anak cucu...
Baca Artikel ini | Comments

Video

Artikel terpilih

Artikel popular minggu ini

 
Hubungi : Facebook | Twitter | BBM pin 28CDCD2A
Copyright © 2012. MiLo SuaM - All Rights Reserved under Common Creative Attribution
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger